Tajuk kali ni agak extreme. Haha extreme ke? Dan melibatkan banyak pihak. Kepada sesiapa yang terasa , minta maaf banyak-banyak ye. Saya hanya memberikan pandangan.
Motif penggunaan dear/sayang sesama sendiri. Mungkin dah jadi trend di kalangan kawan-kawan dan orang di sekeliling.
- Dengan boyfriend - tak kisah sangat sebab bagi saya , memang wajib untuk menggunakan panggilan yang manja hihi dan pelbagai. Macam saya sendiri , saya panggil boyfriend saya B , Encik B , Encik Miyaw , Manja , Sayang dan Conep. So , saya memang takda masalah kalau seorang gadis memanggil boyfriendnya dengan gelaran yang manja. Tapi kalau dah terlebih manja tu macam .... sorry to say. Melampau. Papa? Mama? Ayah? Ibu? Come on , man. You're not married yet! (kalau dah kahwin tak kisah) Habis tu lepas kahwin nak panggil apa? Opah? Tok? -hak elahhh kecoh lah minah ni , apehal nak menyampah menyampah. aku punya suka lah nak panggil gepren boipren aku ape pun. kesah apahal , aku ada kacau hidup kau ke? Tetttt kutuk diri sendiri. Tidaklah begitu.
- Dengan kawan-kawan
- Perempuan dengan perempuan : Okay personally , saya pun ada panggil kawan-kawan perempuan saya B , Sayang dan Babe. Tapi saya sentiasa berhati-hati agar tersalah langkah dan tidak digelar lesbian. :)
- Lelaki & Perempuan : Nak cakap saya kolot? Berfikiran kekampungan? Sila kan. Tapi bagi saya , apa yang membezakan kawan lelaki dan boyfriend , salah satunya adalah panggilan. Kalau kawan lelaki kita panggil B , boyfriend pun panggil B , apa bezanya?
- Lelaki & lelaki : Ahahaha , ni no comment. Something wrong somewhere lah kot? :P
- Antara orang yang buat business online dengan customer - Contoh ayat :
Cik Melur Kembang Setaman : Salam , hai saya berminat nak order stokin untuk anak saya. Umur 6bulan. Saya minat lah corak Elmo tu.
Penjual stokin Elmo yang comel gila : Wsalam. Oh , sorry dear , yang tu takde stock lah. Tak nak beli yang cookie monster punya?
Cik Melur Kembang Setaman : Eh takpelah anak saya minat Elmo je. Takde restock?
Penjual stokin Elmo yang comel gila : Itu I tak sure babe, nanti I PM you.
Untuk apa eh diorang guna dear babe? Nak attract customer eh? Ke mewujudkan kemesraan antara customer dan penjual? Macam tak professional je?
Kesimpulannya ,
Bersederhanalah dalam percakapan dan penyesuaian diri dengan orang lain agar sedap dipandang orang. Kita diadili dalam segala segi. Percakapan , pemakaian , peradaban dan tingkah laku. So bersederhanalah dalam sgeala apa yang kita lakukan :) Tak salah pun kan?
Renung-renungkan dan selamat beramal :)