Habit tu bukan arnab ye. Dan habit tak sama dengan habitat. Okay merepek fullstop. Semua orang mesti ada perangai buruk kan? Saya pun ada maa. Saya kan manusia yang serba kekurangan. Ni saya nak share dengan anda tentang keburukan saya yang tak berapa nak buruk lah kot.
Saya suka gigit kuku. Ada yang kata gigit kuku ni comel :P Ada yang kata pengotor. Bagi saya gigit kuku ni macam best dan ketagih gila. Sekali gigit mcm tak boleh stop. Tapi bukan semua kuku la saya suka gigit. Just ibu jari belah kanan sahaja. Boleh terima saya seadanya? Hehe. Gigit kuku juga menunjukkan seseorang tu resah atau nervous. Tapi saya tak macam tu.
So apa pendapat korang tentang perempuan gigit kuku? Lelaki ada yang gigit kuku ke?